RSS

Saturday, May 8, 2010

anti tetap mutarobbi ana..insyaallah...

"akak doakanlah ex-mutarobbi akak ni n kawan2 nye yang lain.."
satu sms masuk ke dalam inbox sony ericsson putih saya.. dari seorang mutarabbi...
yang insyaallah.. saya percaya, dia mutarabbi yang tabah dan sabar...
insyaallah...

"anti tetap mutarobbi akak walaupun akak bukan lagi murobbi anti.." balas saya...
ye.. mutarobbi saya akan tetap menjadi mutarobbi saya dari awal hingga akhir..
kerana mereka ibarat anak saya...
mereka membesar di depan saya..
dan akan tetap membesar di depan saya..
walaupun saya jauh...
dan saya harap mereka juga menganggap saya begitu...
tugas saya tidak berhenti di sini..
kerana saya bersama mereka dengan keringat...
yang insyaallah telah sebati dengan darah daging saya...

untuk semua yang pernah menjadi anak didik saya...

jangan pernah jemu dengan dakwah...
jangan mencipta alasan untuk menghindar..
tetapi teruslah bersama untuk melangkah laju...
bukan di sini sahaja kerja kita...
malah ia sangat jauh..
jauh dan takkan berhenti..
sehingga tiada lagi hembusan nafas dari hidung mu...
sehingga tiada lagi denyutan nadi dari saluran darah mu..
bila kau bergelar syuhada...
dan pintu syurga terbuka luas untuk mu...
waktu itu lah layak nya engkau tersenyum dan merehatkan tubuh mu...

teruslah melangkah...
kerana ummat merindui keringat sang dai..
mewarnai hati2 yang makin jauh dari Ilahi..

Walaupun aku jauh...
aku tetap bersama kalian...
di dalam setiap doa2 ku...
kerana aku juga...
ingin menjejaki syurga..
yang kita impikan bersama....

wassalam...

Tuesday, April 27, 2010

Palenstine.. aku bersamamu...


Bumi Palestine terus di jajah...
Peluru menembus organ2 manusia tidak kira siapa, muda atau tua, kanak2 atau dewasa, lelaki atau perempuan...
Tindakan kejam tiada perikemanusiaan...
Kanak2 Palestine berani lantang bersuara.. "Andai kami punya senjata.. kami akan lawan untuk memenangkan bumi PAlestin, cuba beri kami senjata.!!".
"kami tetap akan lawan walau dengan ketulan batu!!!"
"Kami bukan terorist, kami Palestinian.."

Hati saya hanya mampu merintih tatkala kedengaran suara2 jihad si syahid kecil.. Mata hanya mampu menitiskan air mata tatkala melihat susuk tubuh kecil mereka berhadapan dengan Israel Laknatullah.. Terasa terlalu banyak hak2 mereka saya abaikan..

Bila lapar, kita makan, mereka mungkin tidak...
Bila rasa rindukan gelak tawa ayahanda, kita masih mampu mendengarnya... mereka mungkin tidak...
Bila rindukan peluk cium ibunda.. kita mampu meraihnya... mereka mungkin tidak...
Bila hujan.. kita punya rumah untuk berteduh.. mereka mungkin tidak...
Bila sakit, kita mampu di rawat dengan baik.. mereka mungkin tidak...
Bila letih, kita masih tidur di atas katil yang empuk, selimut yang tebal.. mereka mungkin tidak...

Dimana kita tika mereka memerlukan?
Kita bergelak ketawa menonton Konsert Akademi Fantasia.. menangis lantaran pelajar kesayangan tesingkir..
tatkala Saudara Palestin kita menangis lantaran hilangnya lelaki bergelar ayah dan suami...
Kita bersengkang mata menonton bola sepak... Sehingga matahari menampakkan wajahnya..
Tatkala saudara PAlestin kita menggenggam batu buat senjata melawan Israel...
Kita Infaqkan harta ke akaun2 Israel.. McDonald, Pizza Hut.. Buat mengenyangkan perut2 kita.. tanpa sedikit pun merasakan robekan2 peluru ke dada-dada mereka...

Cukuplah saudara-saudaraku...
Cukuplah menyiksa mereka..
Kita mungkin bukanlah Israel...
Cuma hati persis Israel...
Bila hati sudah tidak lagi mengendahkan mereka......

Friday, April 23, 2010

bila nak ada blog ukhti?

"bila nak ada blog ukhti?" tanya seorang akhwat suatu hari.
"tak tahu la ukhti.. ana takut tak terupdate pulak blog ana nanti.."
"tak pe.. kalau anti nak menulis, boleh tumpang blog ana.." offer si akhwat tadi..
"insyaallah.. "
"kak, bila nak ade blog?" tanya adik saya.. soalan yang sama dari 2 manusia yang berbeza..
"hmm.. ntah la dik.. nanti la akak buat blog.."

adik saya yang masih berumur 10 tahun sudah mempunyai blog.. dan isi nya agak matang jika nak di bandingkan dengan umurnya.. baca la...
www.mirulbaik.blogspot.com

nah.. Allah telah membuka hati saya untuk ber-blog.. semoga ianya bukan berbentuk peribadi.. tapi sebagai salah satu sarana untuk menyebarkan fikrah islam buat semua pembaca.. insyaallah... doakan...