RSS

Saturday, June 5, 2010

sEkITaR DeMonStrAsi 4 jUn 2010

Bismillahirragmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

'Aid, jom pegi demonstrasi kat Kedutaan Amerika Jumaat ni. Lepas solat Jumaat,' ajak abang ipar saya. Dia ajak adik saya lewat mesej di facebook. Disebabkan adik saya telah tidur dengan akaun facebooknya masih aktif, saya orang pertama yang membaca mesej tersebut. lantas saya yang menjawab untuk turut serta dalam perhimpunan aman tersebut.

*****

"Perlu ke kita buat demonstrasi? apa manfaatnya?" kawan saya bertanya setelah saya beritahu yang saya akan menyertai demonstrasi tersebut.
"Demonstrasi perlu untuk menunjukkan kekuatan orang Islam kepada orang kafir, supaya mereka tahu kita marah dengan tindakan mereka. Kalau kita diam bila mereka menghina agama kita, menghina Nabi kita, dan seperti isu Palestin yang terjadi sekarang, mereka takkan tahu yang orang Islam marah dengan perbuatan mereka." 

'Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan ya ng kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya. Apa saja yang kamu infakkan di jalan Allah nescaya akan di balas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan di zalimi (dirugikan)'         (Al-Anfal : 60)

".. dan mereka tidak akan berbuat sesuka hati mereka. Walaupun kita lihat mereka tetap berdegil dan tetap buat sesuka hati, tapi percayalah, mereka sebenarnya takut.." sambung saya. 

'Ingatlah, ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat, "Sesungguhnya Aku bersama kamu, maka teguhkanlah (pendirian) orang-orang yang telah beriman." kelak akan aku berikan rasa ketakutan ke dalam hati orang-orang kafir, maka pukullah di atas leher mereka dan pukullah tiap2 hujung jari mereka'  (Al-Anfal:12)

*****

"Pegi KL tu, luruskan niat. Berbuat kerana Allah, Rasul dan Jihad," pesan ibu saya.

Ibu saya tak dapat ikut kami kerana dia punya tanggungjawab lain di rumah. Tanggungjawab sebagai sorang isteri. Ayah saya bekerja pada hari jumaat itu, jadi, ayah saya pun tak dapat pergi. Tambahan pula adik saya ada exam. Walaubagaimanapun, ibu saya sentiasa menelefon kami dua beradik sepanjang berada di tapak demonstrasi supaya beliau tidak ketinggalan merasai suasana di sana.

*****

Dalam perjalanan, saya sempat berangan.. hehe.. kalaulah tengah2 berdemonstrasi nanti, tiba2 ada wartawan TV3 ke, wartawan Astro Awani datang menemubual saya.. 
"Apakah perasaan saudari ketika mendengar Konvoi LL4G di serang?"
"Saya rasa kebencian saya pada Israel Laknatullah meluap2 dan bertambah2!!!"
"ok, apa pesanan saudari untuk penonton di rumah yang tidak dapat menyertai demonstrasi bantahan ini?"
"Saya nak pesan, kita bukan hanya sekadar berdemonstrasi untuk menunjukkan kekuatan orang Islam secara bermusim saudara saudari, tetapi kita perlu memboikot semua barangan2 Yahudi, buang cara hidup Yahudi yang telah menjadi sebati dengan kehidupan kita, kembalikan Izzah kita sebagai seorang Islam, dan hidup sebagai orang Islam yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Kita ni orang Islam saudara saudari, kita bukan orang Yahudi. jadi pegi majlis-majlis Ilmu, pegi halaqah, buat kerja dakwah, hidup perlu amanah, jangan makan rasuah, jangan buang masa, jangan asyik tengok TV je. Hidup kena ada matlamat!!!"
"Ok-Ok saudari, dah panjang dah ucapan saudari, nanti kami tak amik semua, kami edit-edit sikit, yang  saudari suruh buat kerja dakwah tu kami akan edit sikit..." Ceh..

"Apa yang kamu menung tu?" nasib baik adik saya tegur.. kalau tak dah melalut dah angan2 saya.. bersabar ye doctormuda.. anda mungkin akan tenggelam di dalam lautan manusia nanti. ketinggian anda yang tidak sampai seperempat tiang letrik itu mungkin tidak akan dapat menangkap pandangan wartawan2 tersebut. jadi, simpan kata2 anda itu untuk di sampaikan di dalam halaqah dan taklim2 anda nanti.. :)

*****
...bersambung


Palestin dan Saya

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

9 Syahid, dan lebih 30 lagi cedera dalam serangan LAKNATULLAH YAHUDI YANG BODOH LAGI DUNGU ke atas Konvoi LifeLine 4 Gaza yang di anggotai 700 orang aktivis dari seluruh negara...

 Saya menerima mesej dari seorang rakan yang memaklumkan kejadian itu... Terus.. Saya berwuduk menunaikan solat hajat.. dan membaca surah Yasin.. Air mata menitis tidak mahu berhenti.. tika solat , berdoa. Saya menangis bukan kerana sukarelawan kita berada di dalam kapal konvoi tersebut, kerana saya percaya mereka yang pergi mengidamkan SYAHID.. Jadi, saya bersyukur sekiranya mereka SYAHID. Kerana itulah cita-cita seorang pejuang..Tetapi saya menangis kerana SAYA BENCI YAHUDI!!!! Benci dengan keganasan dan tipu helah mereka!!! Menangis kerana saya merasakan saya seperti melihat dan seolah2 tidak mampu berbuat apa.

Hebatkah mereka? Sehingga mereka tegar melakukan apa sahaja sesuka hati mereka??? Sedangkan mereka itu semua musuh Allah. Musuh yang terus di LAKNAT Allah!! Atau lemahkah kita??!!! Lemah dengan segala perancangan-perangcangan yang di sajikan oleh mereka untuk melalaikan kita dan melemahkan semangat juang dalam diri kita.. Dan pada saya, bukan mereka yang hebat, tetapi kita yang lemah.

Saya dan rakan2 selalu membentangkan perihal isu2 terkini yang melanda negara mahupun luar negara ketika pertemuan mingguan kami. Dan isu Palestin tidak pernah ketinggalan di dalam perbincangan kami. Ketika di bentangkan isu2 gejala sosial, buang anak, suami dera isteri dan bermacam lagi yang menggambarkan masyarakat kita sekarang, di selangi dengan isu2 penindasan dan keganasan yang melanda Palestin, saya merasa masyarakat sangat jauh dengan peribadi2 persisnya Peribadi ketika zaman Salahuddin Al-Ayubi yang mengembalikan keagungan Palestin. Dan terkadang saya terfikir, apa yang boleh saya lakukan untuk mengembalikan kemuliaan Palestin?? Saya mahu terus terbang ke sana untuk bersama berjuang hingga menang atau gugur sebagai Syahid. Mujurlah Murobbi saya sentiasa mengingatkan tentang tahapan2 berdakwah. Untuk mengumpul kekuatan, mengembalikan manusia kepada Islam dan Al-Quran, dekatkan hubungan dengan Allah dan terus berdakwah. Mujurlah Murobbi saya sentiasa meniupkan Roh Jihad dalam setiap pengisiannya supaya kami berdakwah dengan sabar dan sabar dan terus bersabar. Supaya kami terus menyedarkan manusia tentang isu2 Palestin, menyedarkan manusia tentang adanya hari kebangkitan, dan mengajak manusia kembali kepada Tuhan. Itulah cara mengumpul kekuatan. Supaya bila tiba masanya, kami akan bersatu menentang HIZBU SYAITHAN!! Dan tiba masanya kami  juga akan berjuang hingga Menang ataupun gugur sebagai Syahid!!

'Ya Allah, pilihlah kami sebagai tentera2Mu, bukan tentera-musuhMu. Bantulah kami melawan Hawa Nafsu kami, supaya kami bersedia melawan musuh2Mu. Janganlah Kau biarkan kami duduk bersama orang yang duduk, dan lalai bersama orang yang Lalai.. Kau sibukkanlah kami dengan amanah2 dakwah, supaya kami tidak lalai dengan hal2 dunia yang bakal melemahkan hati-hati kami. Amin Ya Rabb'

Insan yang Rindu untuk berjuang,,,

Tuesday, June 1, 2010

Umma United (UU) vs Facebook (FB)



Facebook. Siapa tidak pernah dengar nama ini? Mungkin agak ganjil atau ketinggalan zaman bagi sesiapa yang tidak mengetahui tentang Facebook, khususnya golongan muda. Nama singkatannya, "FB".

Umma United. Siapa yang pernah dengar? Mungkin tidak ramai yang tahu atau baru sahaja tahu. Ia lebih mesra dengan panggilan manjanya iaitu "umma" atau "UU".

klik di sini...

Kedua-dua ini adalah antara laman sosial yang wujud dalam dunia maya hari ini. Tapi, apakah perbezanya? Sekilas pandang pada namanya, mungkin akan timbul pelbagai tekaan dan jangkaan awal terhadap Umma United. Boleh dikatakan sebagai agak islamik namanya.

Perbezaan yang lebih jelas yang ingin saya nyatakan di sini ialah berkenaan pemiliknya, kerana sebelum ini dan sehingga kini Facebook menjadi satu perkara yang mengelirukan dan menjerumuskan ramai umat Islam ke lembah dilema.

Ramai yang memikirkan status dan hukum penggunaannya kerana ia dikaitkan dengan penyaluran kewangan kepada Yahudi dan penyaluran maklumat kepada Central Intelligent Agency (CIA). Seolah-olah ia menjadi syubhah dan membuatkan kita rasa serba salah untuk menggunakannya. Ditambah pula dengan adanya pertandingan melukis kartun Nabi Muhammad S.A.W baru-baru ini. Sehingga wujud banyak seruan agar memboikot dan meniggalkan Facebook.



Beberapa hari lepas, ada invitation email daripada beberapa sahabat saya. Ia merupakan jemputan untuk menyertai laman Umma United. Setelah mengisi beberapa butiran, siaplah sudah akaun Umma United saya. Saya mengambil sedikit masa untuk meneroka dan melihat ciri-ciri dan application yang ada dalamnya.

Alhamdulillah, saya dapati ianya baik dan mempunyai beberapa ciri islamik. Secara umumnya ia hampir sama dengan Facebook, terdapat sedikit perbezaan terutamanya dari segi penambahan fungsi yang boleh digunakan untuk menyebarkan maklumat dalam pelbagai jenis media. Antara ciri lain ialah wujudnya blog, peluang pekerjaan dan perkongsian.



Berkenaan pemiliknya, inilah perkara utama yang ingin saya ketengahkan pada kali ini. Jika Facebook, ia dikaitkan dengan pemiliknya (CEO) yang bernama Mark Zuckerberg, merupakan seorang pemuda yang dikatakan berketurunan Yahudi dan pernah melakukan penggodaman (hacking) ketika dia masih seorang mahasiswa. Penggodaman itu dilakukan untuk mendapatkan maklumat peribadi pelajar lain. Baru-baru ini pula banyak aduan dan rasa tidak puas hati oleh pengguna Facebook kerana ciri-ciri privacy Facebook yang agak ketat. Kelihatan seolah-olah pihak Facebook memang ingin mengambil data pengguna dengan begitu terperinci.



Setelah membuat pencarian dalam internet, saya telah menemui beberapa maklumat tentang pemilik atau CEO kepada laman "UU". Pemilik laman Umma United ialah seorang lelaki muslim yang bernama Emmanuel-Yamin Dubuc (Yamin). Berasal daripada Perancis, merupakan seorang usahawan, pakar ICT, media digital, teknologi maklumat dan kewangan. Mempunyai ijazah dalam bidang teknologi informasi dan pernah bekerja dengan Microsoft pada permulaan kerjayanya. Beliau juga merupakan salah seorang daripada orang penting dalam sebuah organisasi profesional muslim Eropah iaitu CEDAR.

Selain memiliki Umma United, beliau juga telah mengasaskan beberapa laman lain seperti Oumma dan Oumma Media. Umma United merupakan rangkaian sosial muslim antarabangsa yang pertama dan dimiliki oleh orang Islam. Alhamdulillah...

Akhir bicara, apa salahnya jika mereka yang menggunakan Facebook selama ini bertukar dan berhijrah kepada Umma United yang lebih jelas pemilikannya dan belum ada sebarang keraguan pada masa ini. Jadikan ia sebagai alternatif. Doakan semoga pengasas "umma" dipermudahkan untuk menguruskan laman tersebut dan dapat menjaga nilai-nilai Islam dalamnya supaya wujud biah solehah dalam Umma United.

Pesanan saya, sepertimana kita berhijrah daripada Facebook, begitu jugalah kita berhijrah kepada penggunaan yang lebih bermanfaat. Walaupun Umma United dimiliki oleh orang Islam dan mempunyai ciri-ciri Islam, ia tetap bergantung kepada cara kita menggunakannya. Saudara Emannuel Yamin telah melaksanakan tugasnya dengan mewujudkannya untuk tujuan dan cara yang baik, jadi kita pulalah yang perlu menggunakannya dengan tujuan dan cara yang baik juga.

Gunakannya untuk mengeratkan ukhuwwah, menyebarkan dakwah dan membangunkan daulah. Peliharalah ikhtilat (pergaulan) dengan sebaik-baiknya serta elakkan perkara-perkara yang boleh dianggap melampau seperti bersengkang mata dan meletakkan foto yang tidak sewajarnya.

Begitulah juga dengan maklumat atau gambar yang peribadi. Elakkan daripada mendedahkan data yang terlalu peribadi dalam dunia internet. Meskipun "UU" dimiliki oleh orang Islam, kita perlu ingat bahawa ramai lagi musuh Islam yang sedang memerhatikan dan sedang memantau. Apabila sudah sampai ke tahap kritikal, tidak mustahil mereka akan sanggup menggodam laman "UU" dan menceroboh pangkalan data (database) "umma" untuk mendapatkan maklumat peribadi umat Islam. Fikir-fikirkan..

Bagai pisau, mungkin untuk kebaikan, mungkin juga untuk kejahatan. Kita yang memilihnya, dan anda mampu mengubahnya. Ingatlah orang tersayang... =)









Yamin: Assalaam alaykoum,

I'm Yamin, the CEO of Umma United, the social network of the Muslim world (available in english, french and spanish).

Umma United is a private(*) social network that provides to its members features to share information, to express themselves and meet other members around the world

Whether you're at home or traveling Umma United guide you to find the closest services or events.

In order to keep the site secure and to have members of quality this site is on invitation only. You can email me at yamin@umma-united.com if you want to receive an invitation.

Wassalaam

SUMBER: http://umma-united.com/bookmark_frame.php?bookmark_title=ummaunited_vs_facebook

Friday, May 21, 2010

Tragedi di Pattani


Ya Allah, kuatkan hati mereka, tuangkan kesabaran dan semangat juang yang tinggi di dalam hati2 mereka.. Kerana mereka pejuang agamaMu, Allah.. Hadiahkan syahid buat mereka..amin...

Saturday, May 15, 2010

Piala Thomas....

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah, Allah memberi nafas baru buat saya menulis pada hari ini...
Saya yang baru berjinak2 dengan penulisan ni, masih terlalu tak tahu untuk menghasilkan penulisan yang bagus dan memberi kesan di hati2 manusia...
Pada saya, suatu penulisan akan menggambarkan sifat penulisnya..
cara pengolahan ayat, perkataan2 yang di gunakan, isi2 yang di utarakan... sangat2 mencerminkan peribadi penulis...
Hmm... adakah kerana saya ni bersifat Melancholic yang Sempurna, menyebabkan saya berfikiran begini.?
Mungkin ia salah satu sebab...

Saya pernah bersembang dengan seorang akhwat, ukhti sakinah...
"Bila anti nak update blog anti lagi?" ukhti sakinah bertanya ketika berYM dengannya malam itu..
Dia sudah pulang ke kampung halamannya semalam.. Dia kate, dia mungkin akan merindui tulisan2 saya di blog.. rasa nak tergelak.. jazkillah atas kerinduan itu.. tapi ana tahu, anti sebenarnya rindukan ana.. (perasan sendiri..:) )

"ana tak tahu la nak tulis ape kinah.. tak pandai nak susun ayat.. macam tahape2 je rasa.." ngadu saya pada sakinah.. ya.. memang itu yang saya rasa.. mungkin kerana saya seorang perfectionist, jadi, kalau boleh ape yang saya hasilkan, saya nakkan yang effective.. dan sempurna.. jadi, saya susah nak puas hati dengan apa yang saya rasa kurang sempurna... 'susah jugak jadi perfectionist ni' monolog hati saya...

"anti kan pandai cakap, cuba anti cakap macam anti bagi pengisian, bayangkan kitorang ada depan anti.. pastu ant record, pastu tulis balik..." cadang sakinah...

hmm.. saya memikirkan cadangan itu... 'ok gak'...
tapi, penyampaian melalui penulisan dan penyampaian melalui lisan, tak sama...
dengan lisan kita punya intonasi...
memek muka yang boleh di tunjukkan ketika penyampaian boleh di lihat pendengar,

melalui penulisan, pembaca perlu membaca dengan nada yang bersifat optimis... supaya apa yang di baca akan menjadi sesuatu yang positif...
jika pembaca membaca dengan nada pesimis,
jadi, apa yang di baca akan menjadi negatif...
itulah yang saya fikirkan...

jadi saya mencari lagi, bagaimana untuk menulis sesuatu yang memberi kesan kepada jiwa2 pembaca...
saya buka blog ukhti amirah mohd..
dia sentiasa mengupdate blognya.
blognya bersifat pengalaman dirinya, dan di sertakan ibrah yang membina iman.. insyaallah...
sepanjang saya mengenalinya,
dia seorang yang mengambil berat perihal akhwat..
dan seorang yang sentiasa menjaga ukhuwah sesama akhwat...
saya kagum dengan semangat dakwahnya...
dan keinginan dia untuk terus berubah menjadi yang terbaik...
insyaallah, saya yakin dia akan menjadi yang terbaik di mata Allah...
dia akan ke Mekah awal bulan depan..
Semoga rindunya terhadap tanah suci mekah terbalas di sana..
saya harap saya akan kesana satu hari nanti...
kerana saya juga rindu...

berbalik kepada blog ukhti amirah...
saya tertarik dengan olahan kata dan pembawakan isi2 penting yang di tulis dalam setiap artikel2..
tidak meleret dan padat isinya...
di sertakan hadith dan ayat2 alquran sebagai dalil...
'hmm.. satu contoh yang baik..'...

Kemudian, saya buka lagi blog 'Lukisan bercerita'..
Blog yang penuh dengan lukisan2..
mungkin saya sukar meniru gaya pembawakan blog ini..
kerana tangan saya bukanlah lembut untuk melukis...
tapi saya kagum dengan kata2 yang di sertakan dalam setiap lukisan..
Kata2 yang menusuk jiwa...
yang boleh mengejut hati yang tidur...
insyaallah...
Dan saya menggambarkan pelukisnya seorang pemerhati dan penganalisis..

di harap si penulis blog 'Lukisan bercerita' beristighfar...
kerana sikap orang beriman, yang mana apabila di puji, dia beristighfar...
apabila di keji atau pendapatnya di tolak, dia menyebut alhamdulillah... kerana mungkin dia salah dalam mengemukakan pendapat dan cadangan..
Tidak salah di puji.. yang salah adalah apabila riya' dengan pujian...
jangan mara ek freshie...:)

Kemudian saya buka lagi blog Satu Ummah!!
Ya, blog yang saya follow dari dulu...
Blog ini lain sikit..
kerana ia terdapat banyak fakta dan dalil2 sokongan bagi setiap hujah yang di kemukakan..
dalam bahasa melayunya, blog yang ilmiah...
alhamdulillah...
dan saya menggambarkan orangnya, penuh ilmu di dada...
dan banyak membaca dan menelaah...
keep it up...

Begitu juga blog Ustaz.blogspot.com
Ustaz yang menjadi guru saya sewaktu belajar di Kuala Lumpur dulu..
Seorang ustaz yang berjiwa pejuang... jarang saya berpendapat seperti ini terhadap golongan ustaz..
Cuma, oleh kerana saya selalu mendengar pengisiannya,
saya lebih rindukan pengisian2 nurani darinya..
kerana kata-katanya lebih mampu menggugah jiwa pejuang milik saya...

Saya baca juga blog Umairzulkefli dan Sabahanmuslim....
Ke dua blogger ini berkebolehan menulis cerpen2 yang membangun iman..
dengan kata2 yang seolah2 hidup apabila membacanya...
dan membuatkan pembaca mampu mengimaginasikan pembawakan watak di dalamnya...
bagi saya, bukan mudah untuk orang seperti saya untuk menulis seperti itu...
kerana saya yang tidak pandai bercerita...
dan jarang membaca novel2..
jadi saya tak pandai....
tapi mungkin satu hari nanti saya akan mencuba...
insyaallah...

jadi kesimpulannya yang saya dapat buat...
tak kisah ape yang kita tulis...
yang penting, kata2 dari tulisan itu datang dari hati yang beriman dan dekat dengan Allah...
Kerana yang mampu menyentuh hati manusia ialah Allah...
Jadi, untuk menyentuh hati manusia, mintaklah pada yang mencipta manusia...
Insyaallah, hidayah itu akan sampai..
yang mampu memberi kesan mendalam kepada hati yang rindukan Tuhannya...

Sebenarnya, saya nak menulis tentang Piala Thomas yang berlangsung semalam...
Menyaksikan kekalahan di pihak Malaysia...
hehe...
tak pe la... saya nak pegi halaqah ni...
nanti saya sambung menulis tentang Piala Thomas...
Nantikan...:)

Monday, May 10, 2010

sempurnakah solat kita?

"maka celakalah orang yang solat, yaitu orang2 yang lalai terhadap solatnya" (107:4-5)
sudah kah kite solat?? jawapannya..ye.. kita memang sudah solat tapi mengapa Allah masih mencelakakan orang2 yang solat?? kepada mereka yang melalaikan solat dan tidak merasa berdosa apabila solat di lalaikan....

apa maksud solat yang di lalaikan??

bila kita mula melewat2 kan solat dan mendahulukan tugasan lain daripada solat... solat asar 3 minit sebelum masuknya solat maghrib, solat maghrib 4 minit sebelum masuknya waktu solat isya'... cuba tanye diri kita.. di mana kita meletakkan Allah dalam hidup kita???

kita selalu mendahulukan kerja2 kita daripada solat... contoh.. weekdays dapat solat subuh awal sebab bangun awal nak pegi kerja.. bile week end, bangun kul 7.30 untuk solat subuh sebab tak kerja... adakah nilai solat itu terletak pada jadual pekerjaan kita? contoh lain, lunch hours pukul 1-2 ptg. masuk zohor: 1.30 tghari. sedangkan di waktu itu kita masih lagi di meja makan untuk lunch.. sampai2 nak dekat pukul 2 baru nak solat.. itu lah jadi solat macam patuk ayam sebab takut bos marah bila masuk kerja lambat.. atau pun, masuk kerja dulu kul 2 tue, keluar balik kul 3 untuk solat zohor.. itu kan dah kire melewat2 kan solat...

Allah telah menegur kita dalam ayat nya, surah attaubah ayat 24:
"katakanlah jika bapak2mu, anak2mu, saudara2mu, istri2mu, keluarga mu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatir kerugiannya, dan rumah2 tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan rasulnya serta jihad di jalannya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusannya. dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang2 yang fasik"
saya nak highlightkan di baris yang ke dua ayat tersebut.. "perdagangan yang kamu khuwatir kerugiannya"...

wallahualam...

sama2 kita muhasabah balik... kadang kite terlupa tujuan Allah hidupkan kita di muka bumi ini.. Allah takkan mencipta kan sesuatu itu dengan sia2... manusia yang selalu mensia2kan hidup mereka..

Saturday, May 8, 2010

kalau saya pilih teman hidup...

sukar...
kerana ia memang sukar...
bukan seperti memilih kasut di pasaraya..
atau baju di butik...

tetapi...
ia adalah suatu yang penting...
yang menuntut usaha dan tawakal yang tinggi kepada Allah...

apabila jari menyelak helaian akhbar...
gerun melihat masyarakat...
yang mula lupa tujuan berumah tangga...
suami memijak perut, dada dan kepala isteri hingga mati...
suami menyimbah cuka apabila isteri menolak untuk bersama...
suami menikam isteri ketika isteri tidak memberi wang seperti yang di minta...

manusia seperti binatang...
malah lebih teruk dari itu...
binatang punya perasaan sayang pada anak...
tapi tidak lagi di hati manusia2 berhati kotor...

"...ketahuilah..bahwa di dalam jasad terdapat segumpal daging..
bila ia baik, maka baik lah seluruh jasad itu,
bila ia rusak maka rusaklah seluruh jasad itu..
ketahuilah.. bahawa segumpal daging itu adalh hati..."
(HR bukhari & muslim)

jadi berbalik kepada tajuk asal..

saya bukan lah cantik...
jadi saya tidak pilih yang kacak sebagai teman saya...
kerana kacak akan hilang di mamah usia...

saya bukan lah kaya..
jadi saya tidak pilih yang kaya sebagai teman...
kerana kaya adalah nikmat senang yang sukar...

saya bukanlah sempurna...
jadi saya tidak memilih yang sempurna sebagai teman saya...
kerana di situlah saya sebagai isterinya..
sebagai pelengkap segala ketidaksempurnaannya...
supaya saya tetap di sisinya... 
menjadi sempurna di mata Tuhan...

Saya seorang pelupa...
Ya, itu kelemahan saya sebagai seorang manusia lemah...
dan saya mengharapkan teman yang sentiasa berbicara tentang kehidupan selepas mati..
supaya saya kembali ingat dan tetap ingat...

saya hanya seorang pencinta...
yang mencintai Allah, Rasul dan Jihad...
jadi saya mengharapkan seseorang yang mencintai Allah, Rasul dan Jihad..
kerana dengan cinta..
dia akan kacak di mata saya,
sentiasa kaya dijiwa saya,
dan sempurna di hati saya...

Dan kerana cinta juga...
Dia tidak lupa yang saya dan dia seorang pelupa...

wassalam...