Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
'Aid, jom pegi demonstrasi kat Kedutaan Amerika Jumaat ni. Lepas solat Jumaat,' ajak abang ipar saya. Dia ajak adik saya lewat mesej di facebook. Disebabkan adik saya telah tidur dengan akaun facebooknya masih aktif, saya orang pertama yang membaca mesej tersebut. lantas saya yang menjawab untuk turut serta dalam perhimpunan aman tersebut.
*****
"Perlu ke kita buat demonstrasi? apa manfaatnya?" kawan saya bertanya setelah saya beritahu yang saya akan menyertai demonstrasi tersebut.
"Demonstrasi perlu untuk menunjukkan kekuatan orang Islam kepada orang kafir, supaya mereka tahu kita marah dengan tindakan mereka. Kalau kita diam bila mereka menghina agama kita, menghina Nabi kita, dan seperti isu Palestin yang terjadi sekarang, mereka takkan tahu yang orang Islam marah dengan perbuatan mereka."
'Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan ya ng kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya. Apa saja yang kamu infakkan di jalan Allah nescaya akan di balas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan di zalimi (dirugikan)' (Al-Anfal : 60)
".. dan mereka tidak akan berbuat sesuka hati mereka. Walaupun kita lihat mereka tetap berdegil dan tetap buat sesuka hati, tapi percayalah, mereka sebenarnya takut.." sambung saya.
'Ingatlah, ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat, "Sesungguhnya Aku bersama kamu, maka teguhkanlah (pendirian) orang-orang yang telah beriman." kelak akan aku berikan rasa ketakutan ke dalam hati orang-orang kafir, maka pukullah di atas leher mereka dan pukullah tiap2 hujung jari mereka' (Al-Anfal:12)
*****
"Pegi KL tu, luruskan niat. Berbuat kerana Allah, Rasul dan Jihad," pesan ibu saya.
Ibu saya tak dapat ikut kami kerana dia punya tanggungjawab lain di rumah. Tanggungjawab sebagai sorang isteri. Ayah saya bekerja pada hari jumaat itu, jadi, ayah saya pun tak dapat pergi. Tambahan pula adik saya ada exam. Walaubagaimanapun, ibu saya sentiasa menelefon kami dua beradik sepanjang berada di tapak demonstrasi supaya beliau tidak ketinggalan merasai suasana di sana.
*****
Dalam perjalanan, saya sempat berangan.. hehe.. kalaulah tengah2 berdemonstrasi nanti, tiba2 ada wartawan TV3 ke, wartawan Astro Awani datang menemubual saya..
"Apakah perasaan saudari ketika mendengar Konvoi LL4G di serang?"
"Saya rasa kebencian saya pada Israel Laknatullah meluap2 dan bertambah2!!!"
"ok, apa pesanan saudari untuk penonton di rumah yang tidak dapat menyertai demonstrasi bantahan ini?"
"Saya nak pesan, kita bukan hanya sekadar berdemonstrasi untuk menunjukkan kekuatan orang Islam secara bermusim saudara saudari, tetapi kita perlu memboikot semua barangan2 Yahudi, buang cara hidup Yahudi yang telah menjadi sebati dengan kehidupan kita, kembalikan Izzah kita sebagai seorang Islam, dan hidup sebagai orang Islam yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Kita ni orang Islam saudara saudari, kita bukan orang Yahudi. jadi pegi majlis-majlis Ilmu, pegi halaqah, buat kerja dakwah, hidup perlu amanah, jangan makan rasuah, jangan buang masa, jangan asyik tengok TV je. Hidup kena ada matlamat!!!"
"Ok-Ok saudari, dah panjang dah ucapan saudari, nanti kami tak amik semua, kami edit-edit sikit, yang saudari suruh buat kerja dakwah tu kami akan edit sikit..." Ceh..
"Apa yang kamu menung tu?" nasib baik adik saya tegur.. kalau tak dah melalut dah angan2 saya.. bersabar ye doctormuda.. anda mungkin akan tenggelam di dalam lautan manusia nanti. ketinggian anda yang tidak sampai seperempat tiang letrik itu mungkin tidak akan dapat menangkap pandangan wartawan2 tersebut. jadi, simpan kata2 anda itu untuk di sampaikan di dalam halaqah dan taklim2 anda nanti.. :)
*****
...bersambung