RSS

Saturday, May 15, 2010

Piala Thomas....

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah, Allah memberi nafas baru buat saya menulis pada hari ini...
Saya yang baru berjinak2 dengan penulisan ni, masih terlalu tak tahu untuk menghasilkan penulisan yang bagus dan memberi kesan di hati2 manusia...
Pada saya, suatu penulisan akan menggambarkan sifat penulisnya..
cara pengolahan ayat, perkataan2 yang di gunakan, isi2 yang di utarakan... sangat2 mencerminkan peribadi penulis...
Hmm... adakah kerana saya ni bersifat Melancholic yang Sempurna, menyebabkan saya berfikiran begini.?
Mungkin ia salah satu sebab...

Saya pernah bersembang dengan seorang akhwat, ukhti sakinah...
"Bila anti nak update blog anti lagi?" ukhti sakinah bertanya ketika berYM dengannya malam itu..
Dia sudah pulang ke kampung halamannya semalam.. Dia kate, dia mungkin akan merindui tulisan2 saya di blog.. rasa nak tergelak.. jazkillah atas kerinduan itu.. tapi ana tahu, anti sebenarnya rindukan ana.. (perasan sendiri..:) )

"ana tak tahu la nak tulis ape kinah.. tak pandai nak susun ayat.. macam tahape2 je rasa.." ngadu saya pada sakinah.. ya.. memang itu yang saya rasa.. mungkin kerana saya seorang perfectionist, jadi, kalau boleh ape yang saya hasilkan, saya nakkan yang effective.. dan sempurna.. jadi, saya susah nak puas hati dengan apa yang saya rasa kurang sempurna... 'susah jugak jadi perfectionist ni' monolog hati saya...

"anti kan pandai cakap, cuba anti cakap macam anti bagi pengisian, bayangkan kitorang ada depan anti.. pastu ant record, pastu tulis balik..." cadang sakinah...

hmm.. saya memikirkan cadangan itu... 'ok gak'...
tapi, penyampaian melalui penulisan dan penyampaian melalui lisan, tak sama...
dengan lisan kita punya intonasi...
memek muka yang boleh di tunjukkan ketika penyampaian boleh di lihat pendengar,

melalui penulisan, pembaca perlu membaca dengan nada yang bersifat optimis... supaya apa yang di baca akan menjadi sesuatu yang positif...
jika pembaca membaca dengan nada pesimis,
jadi, apa yang di baca akan menjadi negatif...
itulah yang saya fikirkan...

jadi saya mencari lagi, bagaimana untuk menulis sesuatu yang memberi kesan kepada jiwa2 pembaca...
saya buka blog ukhti amirah mohd..
dia sentiasa mengupdate blognya.
blognya bersifat pengalaman dirinya, dan di sertakan ibrah yang membina iman.. insyaallah...
sepanjang saya mengenalinya,
dia seorang yang mengambil berat perihal akhwat..
dan seorang yang sentiasa menjaga ukhuwah sesama akhwat...
saya kagum dengan semangat dakwahnya...
dan keinginan dia untuk terus berubah menjadi yang terbaik...
insyaallah, saya yakin dia akan menjadi yang terbaik di mata Allah...
dia akan ke Mekah awal bulan depan..
Semoga rindunya terhadap tanah suci mekah terbalas di sana..
saya harap saya akan kesana satu hari nanti...
kerana saya juga rindu...

berbalik kepada blog ukhti amirah...
saya tertarik dengan olahan kata dan pembawakan isi2 penting yang di tulis dalam setiap artikel2..
tidak meleret dan padat isinya...
di sertakan hadith dan ayat2 alquran sebagai dalil...
'hmm.. satu contoh yang baik..'...

Kemudian, saya buka lagi blog 'Lukisan bercerita'..
Blog yang penuh dengan lukisan2..
mungkin saya sukar meniru gaya pembawakan blog ini..
kerana tangan saya bukanlah lembut untuk melukis...
tapi saya kagum dengan kata2 yang di sertakan dalam setiap lukisan..
Kata2 yang menusuk jiwa...
yang boleh mengejut hati yang tidur...
insyaallah...
Dan saya menggambarkan pelukisnya seorang pemerhati dan penganalisis..

di harap si penulis blog 'Lukisan bercerita' beristighfar...
kerana sikap orang beriman, yang mana apabila di puji, dia beristighfar...
apabila di keji atau pendapatnya di tolak, dia menyebut alhamdulillah... kerana mungkin dia salah dalam mengemukakan pendapat dan cadangan..
Tidak salah di puji.. yang salah adalah apabila riya' dengan pujian...
jangan mara ek freshie...:)

Kemudian saya buka lagi blog Satu Ummah!!
Ya, blog yang saya follow dari dulu...
Blog ini lain sikit..
kerana ia terdapat banyak fakta dan dalil2 sokongan bagi setiap hujah yang di kemukakan..
dalam bahasa melayunya, blog yang ilmiah...
alhamdulillah...
dan saya menggambarkan orangnya, penuh ilmu di dada...
dan banyak membaca dan menelaah...
keep it up...

Begitu juga blog Ustaz.blogspot.com
Ustaz yang menjadi guru saya sewaktu belajar di Kuala Lumpur dulu..
Seorang ustaz yang berjiwa pejuang... jarang saya berpendapat seperti ini terhadap golongan ustaz..
Cuma, oleh kerana saya selalu mendengar pengisiannya,
saya lebih rindukan pengisian2 nurani darinya..
kerana kata-katanya lebih mampu menggugah jiwa pejuang milik saya...

Saya baca juga blog Umairzulkefli dan Sabahanmuslim....
Ke dua blogger ini berkebolehan menulis cerpen2 yang membangun iman..
dengan kata2 yang seolah2 hidup apabila membacanya...
dan membuatkan pembaca mampu mengimaginasikan pembawakan watak di dalamnya...
bagi saya, bukan mudah untuk orang seperti saya untuk menulis seperti itu...
kerana saya yang tidak pandai bercerita...
dan jarang membaca novel2..
jadi saya tak pandai....
tapi mungkin satu hari nanti saya akan mencuba...
insyaallah...

jadi kesimpulannya yang saya dapat buat...
tak kisah ape yang kita tulis...
yang penting, kata2 dari tulisan itu datang dari hati yang beriman dan dekat dengan Allah...
Kerana yang mampu menyentuh hati manusia ialah Allah...
Jadi, untuk menyentuh hati manusia, mintaklah pada yang mencipta manusia...
Insyaallah, hidayah itu akan sampai..
yang mampu memberi kesan mendalam kepada hati yang rindukan Tuhannya...

Sebenarnya, saya nak menulis tentang Piala Thomas yang berlangsung semalam...
Menyaksikan kekalahan di pihak Malaysia...
hehe...
tak pe la... saya nak pegi halaqah ni...
nanti saya sambung menulis tentang Piala Thomas...
Nantikan...:)

9 comments:

Thedofi said...

ukhti,go on wif ur writing! we'll be patient wif ur writing cos we know one day you will produce a great writing..insyaAllah!

assyifaul mujahidah said...

igtkan akak nak ckp pasal piala thomas...tp x..xpe,ana nntikan...hehe...
apa kate akak x yah menulis...wat recording je.klu x nak gne suara sendiri,edit suara tu...pastu upload kat blog akak..=P..
xde lah...ana memaen je...pape pun..trus ber karya.tp ana suka dgr akak berckp untuk pengisian..hehe..jazakillah

doctormuda said...

salam duta_i...
jazakillah atas sokongan..
haha.. ana ni baru bertatih...
tolong beri tunjuk ajar...
insyaallah, practice make perfect...
sabar dalam penantian...

doctormuda said...

assyifaul muahidah...
boleh kalau nak record suara...
tapi kan anti penah cakap suara akak macam katon...
kalau nak dgr pengisian, datang ar sini...
macam mana preparation exam?
buat yang terbaik...

FRESHIE said...

budak ni ana dh tegur imbuhan tu silap tu.. haa kan dh bebudak request suruh record je. hehehe.
terima kasihlah ukhti sbb igtkan ana beristighfar. tp knape ana sorang je yg anti suruh? nape orang lain tak pulak? kenape kenapeee! hehe asif gurau je.

p/s: insyaallah ana sdg usahakan 1 artwork dr satu barisan kata dlm post ni yg sgt menyentuh hati ana.

doctormuda said...

haha.. ana dah lama tak belajar BM...
lupe... ajar arr freshie...

nak record? akan di fikirkan...

nasihat untuk semua...

Anonymous said...

wooot woot...asssalamualaikum...
yer cik ikb disini...pekabo ya ukhti...penulisan yang baik..teruskan yerk...ape2 pun cara penyampaian yang anti guna ..insya Allah ana yakin ia akan sampai pada setiap hatu yang membace nye...bile ianya dtg dari lubuk hati insan seperti anti yang mahukan setiap insan dekat dgn NYa...
~proud to be a true muslim..~
~IKB

Anonymous said...

Assalamualaikum~

menanti tulisan akak ttg piala thomas :)

bg ana ia satu kekalahan yang menaraik utk dimuhasabah oleh umat islam di malaysia~

adeq said...

kenapa tajuk piala thomas?hihi..comel la akak nhe..

Post a Comment