RSS

Saturday, May 8, 2010

kalau saya pilih teman hidup...

sukar...
kerana ia memang sukar...
bukan seperti memilih kasut di pasaraya..
atau baju di butik...

tetapi...
ia adalah suatu yang penting...
yang menuntut usaha dan tawakal yang tinggi kepada Allah...

apabila jari menyelak helaian akhbar...
gerun melihat masyarakat...
yang mula lupa tujuan berumah tangga...
suami memijak perut, dada dan kepala isteri hingga mati...
suami menyimbah cuka apabila isteri menolak untuk bersama...
suami menikam isteri ketika isteri tidak memberi wang seperti yang di minta...

manusia seperti binatang...
malah lebih teruk dari itu...
binatang punya perasaan sayang pada anak...
tapi tidak lagi di hati manusia2 berhati kotor...

"...ketahuilah..bahwa di dalam jasad terdapat segumpal daging..
bila ia baik, maka baik lah seluruh jasad itu,
bila ia rusak maka rusaklah seluruh jasad itu..
ketahuilah.. bahawa segumpal daging itu adalh hati..."
(HR bukhari & muslim)

jadi berbalik kepada tajuk asal..

saya bukan lah cantik...
jadi saya tidak pilih yang kacak sebagai teman saya...
kerana kacak akan hilang di mamah usia...

saya bukan lah kaya..
jadi saya tidak pilih yang kaya sebagai teman...
kerana kaya adalah nikmat senang yang sukar...

saya bukanlah sempurna...
jadi saya tidak memilih yang sempurna sebagai teman saya...
kerana di situlah saya sebagai isterinya..
sebagai pelengkap segala ketidaksempurnaannya...
supaya saya tetap di sisinya... 
menjadi sempurna di mata Tuhan...

Saya seorang pelupa...
Ya, itu kelemahan saya sebagai seorang manusia lemah...
dan saya mengharapkan teman yang sentiasa berbicara tentang kehidupan selepas mati..
supaya saya kembali ingat dan tetap ingat...

saya hanya seorang pencinta...
yang mencintai Allah, Rasul dan Jihad...
jadi saya mengharapkan seseorang yang mencintai Allah, Rasul dan Jihad..
kerana dengan cinta..
dia akan kacak di mata saya,
sentiasa kaya dijiwa saya,
dan sempurna di hati saya...

Dan kerana cinta juga...
Dia tidak lupa yang saya dan dia seorang pelupa...

wassalam...

6 comments:

Anonymous said...

"saya bukanlah sempurna...
jadi saya tidak memilih yang sempurna sebagai teman saya...
kerana di situlah saya sebagai isterinya..
sebagai pelengkap segala ketidaksempurnaannya...
supaya saya tetap di sisinya...
menjadi sempurna di mata Tuhan..."

Perkenankan doanya, wahai Tuhan..

Unknown said...

Saya bukanlah seorang yang pandai bermadah..
Jadi, saya mengharapkan seseorang yang madahnya sentiasa mengingatkan saya pada ALLAH..

InsyaALLAH, anti salah seorangnya..
Aminn..

**jgn jiwang2. hehe.

doctormuda said...

bukan jiwang la ukhti...
lidah tak pandai berkata2..
tulisan hanya pengantara...
hhehe...

Zikir Din said...

konflik ini pernah berlaku dalam diri ana juga..

memilih teman hidup..bila sabar dan tawakkal, adakan perbincangan yang elok dengan murobbi, alhamdulillah, ia selesai..

pada mulanya ana gopoh juga nak kahwen, tapi, bila releks dan tenagkan diri, barulah petunjuk Allah tu rasanya makin dekat dan dekat lagi.

yaqinlah, jodoh di tangan Allah. selalulah call& sembang dgn akhawat.

dr. mujahidah said...

insyaAllah ukhti..

saya hanya seorang pencinta...
yang mencintai Allah, Rasul dan Jihad...
jadi saya mengharapkan seseorang yang mencintai Allah, Rasul dan Jihad..
kerana dengan cinta..
dia akan kacak di mata saya,
sentiasa kaya dijiwa saya,
dan sempurna di hati saya...

relaks la ukhti.

Anonymous said...

wow, suka dgn puisi ni( ntah la nk panggil ape, luahan hati,sajak, bait kte ke?)

huh..puisi yg penuh dgn makna tersirat....

Post a Comment